BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 30 March 2012

~Renungan Bersama~




‎"Jalan ke arah solehah itu tidak mudah. Namun bila dah mencapainya, ganjarannyasangat indah."

Moga semua Muslimah jadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) di mata ibu bapa, suami dan Allah SWT. Amin.




Benarkah jika cantik maka pasti membahagiakan? Siapa pula kata yang hodoh tidakmembahagiakan? 

Orang yang cantik, kuat cerewetnya banyak pula perangainya? Orang yang tidak cantik, tidak ada perangai? Anda lebih tahu berdasarkan pengalaman hidup anda masing-masing. 



-----
1. Imam Ahmad mengatakan: "Seandainya seorang lelaki mahu melamar seorang wanita, pertama-tama sekali hendaklah menanyakan kecantikannya. Jika dia memang cantik, hendaklah dia menanyakan tentang agamanya. Jika ternyata agamanya juga baik, maka silakanlah menikahinya. NAMUN, jika agamanya TIDAK BAIK, maka dia menolak wanita itu kerana agama bukan kerana persoalan cantik atau tidak." (ruj: Syarh Muntaha al-Iradah)

2. Cantik sememangnya subjektif pada mata yang berlainan dan citarasa yang berbeza. Cantik pada takrifan Nabi SAW:

"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau memandangnya membuatmu rasa senang, dan jika engkau menyuruhnya (akan sesuatu hal, nescaya) dia taat kepadamu." (HR Abu Dawuud dari Abu Hurairah)

3. Lebih baik yang tak cantik dari cantik andai agamanya tempang:-

"Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kecantikannya itu akan memperhodohkannya. Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana hartanya, kemungkinan kekayaannya itu akan menyebabkan derhaka. Akan tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah bin Humaid).


---
"Astaghfirullahal'adzim."


~MorNing~

Monday, 26 March 2012

~BreakfasT AnD Lunch firsT~..;-)


yuMmy..YumMieYy....:-D

Monday, 19 March 2012

~MuTiara kAtA~







Thursday, 15 March 2012

~gOOd mOrninG~:-D

~my FavOurite GamE~

~bEauTifuL mOrninG..(>_<)~



msti rmai jer y ske men game ni an lan fb..
...tp ak xbleh men dah sbb kt u ak ni dOrg blOck men game
huhu..:-((
pepn mmg beZ r men game ni..
xcaye???jom try..:-D



haa cni r tmpat nk pilih nk men level bpe...
joOm kte lawan..
haha~(psti mng pnye men kt cni..Ahaks~;-P)



TsukiKa dh brsedia..~AhaksZ2~
(poyO sudaa)hihi~



smua dh brsedia nak men??..jeng..jeng..jeng <-----ayt tah pape..
hihi~
klu kalah jgn gelak yeaaa...
ChayyOok..Tsukika..;-)
~EceceeH..~

Lawak x???

~jOm kiTe geLaakK..hahahaaa~




                           

                                         PASAR


Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”

Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”

Pembeli: “Telur ayam.”

Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”

Penjual: "maaf kak, sy penjual mee rebus kat sbelah. Kebetulan yg jual telur pergi melabur kejad. sy disuruh berbual dulu dgn pembeli smpai dia datang...:-D



CIKGU DAN MURID


Cikgu: arip, knp kamu dtg lewat hari ini?
Arip: hujan lebat ckgu..
Cikgu: semalam, knp awq x hadir?
Arip: hujan, cikgu..

Cikgu: aik, hujan juga. abis kalo tiap2 hari hujan?
Arip: banjii, cikgu..


                         DI SEKOLAH TABIKA

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?

Amri : Tiga, cikgu

Cikgu : Awak yg paling tua?

Amri : Tak. Atuk saya….

Cikgu: @#%@#%@#% 


KERETAPI



Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter…


Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??


Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. 

Makcik nak pergi mana??


Makcik : Makcik nak melintas aja..



                    SEORANG NENEK DAN PEMUDA

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


                  PAK PANDIR

Suatu hari,Pak Pandir pergi ke masjid untuk bersolat jemaah.Kebetulan dia membawa wang 50 sen dalam kocek 
bajunya. Pak Pandir bercadang, pulang dari masjid nanti dia mahu belikan gula2 nutuk anaknya.Ketika sedang rukuk, tiba-tiba wang 50 sen Pak Pandir terjatuh dan tergolek di hadapan saf jemaah lain.Mulanya Pak Pandir pun bersuara perlahan lahan

Pak Pandir :”Tolong jangan ambil duit aku tu ye”

Jemaah 1 :” Eleh tak hairan setakat 50 sen tu”

Jemaah 2 :”Wei orang sembahyang mana boleh bercakap”

Pak Pandir :”Habis… yang kau bercakap tu”

Jemaah 3 :”Nasib baik aku tak bercakap”





Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa: “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”


Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”

Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”

Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”

Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”

Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”

Kawan Mangsa: “Hah?”

Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”

Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)

Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”

Kawan Mangsa: …oh. | haha (>_<) |





LELAKI HANDSOME VS TIDAK HANDSOME..


1)
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…

kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…



2)


kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody’s perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat

perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!



3)


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…



4)


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: sepadan sangat…

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik,

perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!





5)
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih



perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..






6)
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…



7)


kalau lelaki handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…



8)


kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar

perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…



9)


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas

perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas

perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….



10)


kalau lelaki handsome bersedih hati

perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Itulah nasib lelaki tak handsome.



Bagaimana pula sekiranya,





KISAH SEORANG NENEK...

Pada suatu petang di sebuah ’supermarket’. Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tidak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik. Dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua itu masih lagi juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki itupun buat tidak tahu sahaja, sebab dia ingat dia yang perasan. Selepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda itupun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan, perempuan tua itu tadi cepat-cepat memintas dan berdiri di hadapannya.

“Maafkan makcik nak!!” kata perempuan itu.

“Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tidak selesa dengan pandangan makcik tadi.. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ini nampak serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas”.

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik sahaja memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

“Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tidak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya lelaki muda itu.

“Aaaa, mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tidak keberatan” kata perempuan itu. “bila makcik sudah hendak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ‘babai mak!!’
“Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam itu pada makcik”.

“Oh boleh, tiada masalah” kata lelaki muda tu. Setelah cashiermemasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu.

Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung ..

“Babai,mak!!! !”. Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

“Jumlah semuanya RM230.70 ye encik,” kata cashier supermarket tu. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

“Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit sahaja macam mana pulak sampai dua ratus lebih ni?” tanya lelaki itu.

“Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!” kata cashier tuh.

“Haah??!!”???????:-((((

Wednesday, 14 March 2012

~BoRingGG DaY..!!!huhu~


Cara terbaru yang membolehkan pasangan yang sedang bercinta naik motor bersama..:-D