BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 12 May 2012

~Smile Always~..


Saturday, 28 April 2012

~Married Or nOt musT bE Read~

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

~Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.~<3>_<<3

~Must Be Brave~


lelaki yg berani, bukanlah hanya berani berkata-kata manis sahaja dihadapan perempuan tetapi berani menyatakan hasrat untuk dijadikan ayah mertua kpd kedua orang tua perempuan yg dia ingin dia nikahi...ada berani ka buat mcm ni? selamat mencuba :)

~Terima Kasih SygKu~..:-D


"Terimakasih sayang kerana melahirkan anak2 abang, abang akan bertanggung jawab "


" Terimakasih juga untuk abang..sebab bagi saya jadi ibu kucing...nanti kita sama2 jaga anak2 kita yer bang... jangan jadi macam manusia...buang anak sana sini.."


Thursday, 26 April 2012

~Salam Ukhuwah Semua~(>__<)

Jom + Ilmu...

♥ Ikhlas+Redha+Pohon Kemaafan ♥

JADI BERAPA BAIK ANDA INGIN ‘JADI’?


Hakikatnya kita semua mahu menjadi bagus 'Good' terhadap kerjaya kita. Tapi soalnya sebaik dan sebagus mana kita ingin jadi? 


(A) Agak bagus 
(B) Bagus 
(C) Sangat Bagus
(D) Terbagus 'The Best' didalam bidang kita 
(E) Terbaik Di Dunia 'World Class' 

Bakat memang membantu, tetapi ianya tidak akan membawa anda jauh, sejauh impian dan cita-cita mu. 

Soalan cepu emas kita 'Apakah yang anda sanggup korbankan demi mencapainya?'

Ingatlah harga sesebuah Kejayaan, Kekayaan dan Kebahagiaan sangatlah 'Mahal' 

Anda perlu membayarnya, dengan kerja kuat n Smart. Kepintaran yg. berbeza dari dari pesaing mu. Strategi-strategi terbaru utk. menang! 

Siapa yg. boleh membantu mu? Apa cara mu utk. mendekati, memberi 'Budi dan jasa mu, padanya. Sebelum memohon 'Pertolongannya'. 

Pastinya tiada 'Rejections'

Maka akhirnya anda akan jadi apa yang anda inginkan. 

'Be the Person You were Meant To Be'

~Don't Give Up~


Jika gagal sekali,tak beberti tak boleh bangkit semula..

capek nak ciapkan asgment niiieee~~~


Naak nangiis gaaaaakkk...waaaaa...~~~~~:-(((((

Tuesday, 24 April 2012

~semoga urusan kte dipermudahkan..:-D


Amiiiiin..Ya Allah..:-)

Monday, 23 April 2012

~mari bace..mari bce~



*(¯`♥♥´¯)..♥♥ سُبْحَان الله

*.`•.¸.•´(¯`♥♥´¯)..♥♥ الْحَمْدُ لِلّه

*******.`•.¸.•´(¯`♥♥´¯)..♥♥ اللّهُ اَكْبَرُ

**************.`•.¸.•´(¯`♥♥´¯)..♥♥ لا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّه

*********************.`•.¸.•´*♥♥♥ لا اله الا الله محمد رسول الله

▀▄▀▄▀▄▀▄▀ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ ▀▄▀▄▀▄▀▄▀


panas baraan..???


$e$eoRang yaNg bOLeh membuatkan kita marah $ebenarnya teLaH berJaYa menGua$ai daN meNakLuki diRi kiTa...

CARA MENGATASI PANAS BARAN

Untuk mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tidak dapat mengawal perasan marah, sila amalkan petua ini :

• Kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar.
• Ucap berulang kali ‘Innallaha maas sabirin’ (sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar).
• Apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.
• Apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.
• Redakan dengan mengambil wuduk.

Ada peribahasa yang menyatakan “sesiapa yang boleh menumpaskan ‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari”. Pakar psikiatri juga telah mengesahkan ‘kemurungan diri’ tidak akan berakhir hanya dalam sehari, tetapi mungkin berlarutan hingga seumur hidup.

Oleh yang demikian, prinsip ‘sekelumit pencegahan’ mestilah dipraktikkan pada ‘kemarahan’. Amatlah elok sekiranya kita dapat menakluki kemarahan, tetapi adalah lebih baik jika dapat mencegahnya terus kerana api kemarahan adalah ibarat rebut di lautan.

Untuk itu maafkanlah diri mu dan orang lain!




Sunday, 22 April 2012

~babies eating lemons for the first time..~


heheheee...so cute...:-D